Seo Services

Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat?


Mungkinkah ini sesuai dinamakan sebagai bodoh sombong atau pun menyentuh pepatah lama iaitu pandai tidak boleh ditegur, bodoh pula tidak boleh diajar.

Hakikatnya, isu jerebu negara kita termasuk jiran, Singapura dan terbaharu, Thailand; bukan sahaja terburuk sejak 1997 seperti kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS).

Malahan punca jerebu yang berasal dari Indonesia sejak Ogos lalu dan menjadi ‘acara’ wajib tahunan setiap kali musim panas kering menyerlahkan beberapa kisah yang membongkar situasi lucu dan terdesak pihak berkenaan.

Bayangkanlah buat julung dalam sejarah belum pernah berlaku Ketua Polis Indonesia ‘disindir’ secara terbuka oleh wakil Malaysia dan Brunei ketika menghadiri mesyuarat peringkat serantau di Kuala Lumpur minggu lalu.

Perkara itu didedahkan Jeneral Badrodin Haiti yang dilaporkan portal berita Indonesia, Tempo pada Ahad lalu ketika beliau menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan di ibu kota Malaysia.

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci apakah bentuk kata sindiran ‘tajam’ itu, namun dikhabarkan kurang senang dengan ayat sinis delegasi dua negara serumpun tersebut berhubung kemelut jerebu tanpa kesudahan.

Badrodin namun hanya mampu menjelaskan republik tersebut telah berusaha sebaik mungkin menangani isu itu termasuk mendakwa 240 buah syarikat atau pemilik kebun yang melakukan pembakaran terbuka besar-besaran.

Mungkin malu atau pencerahan kurang meyakinkan banyak pihak, ketua polis Indonesia itu ‘memuji’ Singapura pada mesyuarat itu kerana lebih positif tetapi aneh pada masa sama menolak bantuan negara pulau kecil tersebut.

Untuk rekod, bukan mudah Singapura ‘saja-saja’ hulur bantuan kepada negara luar kecuali ada keperluan strategik atau sebagai cara diplomatik menolong sesebuah negara yang bermasalah dari segi hubungan jangka panjang.

Tindakan Indonesia enggan terima pertolongan pihak luar termasuk dari Malaysia, turut dikritik rakyat negara itu sendiri selain ramai pemimpin politik dan badan bukan kerajaan sebagai tingkah laku ‘berlagak tidak bertempat’.

Itu yang tersurat tetapi yang tersirat rupa-rupanya Indonesia berbuat demikian kerana mereka sedang menguji sejenis bahan kimia diguna pakai untuk memadamkan kebakaran yang mengakibatkan jerebu masih berterusan.

Menurut portal berpengaruh Kompas pada Selasa, Badan Nasional Pencegahan Bencana (BNPB) giat menguji 40 tan bahan tersebut yang dilaporkan mampu menurunkan suhu dan mengurangkan asap kebakaran secara drastik.

Bahan berbentuk serbuk itu dicipta oleh saintis tempatan, Randall Hartolakson hasil ekstrak ubi kayu sebagai ramuan kimia utama, menurut Ketua BNPB, Willem Rampangilei pada sidang media, di pejabatnya di Jakarta.

Kerja penyemburan bahan itu akan dilakukan di wilayah Sumatera Selatan menerusi cara water bombing atau pengeboman berair seperti lazim dilakukan helikoter bomba udara untuk memadam kebakaran di hutan tebal.

Malangnya, tidak pula didedahkan apakah kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia tersebut apatah lagi tempias jerebu dari wilayah berkenaan akan ‘terbang’ bebas menuju ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Sekali lagi, buat ‘bapak-bapak’ pemerintah Indonesia yang cukup disegani, dengarlah rintihan warga tetangga anda dan usahlah menyusahkan jiran hanya kerana mereka mudah menjadi mangsa. – sumber
Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat? Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat? Reviewed by Unknown on October 06, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Jika kita pernah berurusan perniagaan dan membuka pabrik di sana untuk sesuatu tempoh di mana Wilayah di Indonesia, kita akan dapati di setiap wilayah atau Provinsi ada undang2 sendiri yang tidak tertulis yang dikawal warlords atau tuan tanah kedawung yang sangat berkuasa. Hanya angkatan tentera mereka sahaja yang mampu mengawal warlords dan tuan2 tanah ini. Setiap warlords menguasai tanah beribu2 hektar di agih secara pajakkan kepada petani2 kecil untuk tujuan tanaman.

    Akibat dari tekanan harga hasil oleh warlords dan untuk kesinambungan hidup para petani ini terpaksa mengunakan sistem tuai dan bakar bagi menyediakan tapak untuk tanaman musim seterusnya dan jika hasil sebelumnya tidak menjadi maka mereka terpaksa menjadi hamba pajak.
    Mana2 yang tidak tahan dengan tekanan hidup seperti ini sanggup meredah laut menyabung nyawa datang ka Malaysia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

    Jika kita lihat sejarah jerebu, ianya cuma bermula secara kecil2an setelah Presiden General Suharto di gulingkan dan mula menjadi wabak semasa pemerintahan Presiden bukan di kalangan tentera dan seterusnya berlaku perlunturan kuasa tentera. Semasa Presiden General Yudhiyono nampak masih lagi ada yang patuh walau pun sudah mula terdapat tentangan dikalangan warlords ini. Kini zaman Presiden Ir jorkowi, nampaknya beliau hanyalah puppet yang diperkotak katikkan oleh warlords yang sedang menghirup kopi starbucks di Kota london, Paris dan New York dengan nyaman sementara para petani terpaksa berhempas pulas dengan api dan asap untuk persediaan tanaman musim akan datang dan padah kesusahan ini juga tempias ka negara2 jiran dalam bentuk jerebu..

    Jika benar jerebu hendak di hapuskan, Indonesia perlu punya Presiden yang bukan sahaja berotoriti tetapi juga mampu mengerakan para general untuk mengajar warlords ini cara menangi sistem pertanian perkebunan mereka yang tidak menggangu negara jiran seperti sekarang. Dalam erti kata lain Indonesia tidak boleh punya sistem demokerasi bebas seperti sekarang sehinggakan mereka mampu mendidik warlords menjadi beretika dan patuh kepada undang-undang kemanusiaan sebenar.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.