Seo Services

Najib Perjelas 1MDB Kepada Pemimpin Perniagaan AS- Salleh


KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas atau memberi penerangan tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pemimpin perniagaan Amerika Syarikat (AS) adalah tidak benar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan mereka ketika lawatannya ke negara itu baru-baru ini.

“Ketika jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

“Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my, di sini hari ini.

Salleh berkata, Najib turut memberitahu tetamu yang beliau yakin syarikat akan dapat melaksanakan proses rasionalisasi dengan pengurangan hutang besar-besaran, menjelang hujung tahun ini.

Katanya, Najib juga memaklumkan kepada pemimpin perniagaan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi akan diumumkan pengurangan hutang 1MDB yang signifikan kepada RM16 bilion.

“Namun, semua ini tidak dilapor oleh portal berita tempatan yang nampaknya mengelak untuk menyiarkan sebarang berita baik berhubung 1MDB,” katanya. – BERNAMA
Najib Perjelas 1MDB Kepada Pemimpin Perniagaan AS- Salleh Najib Perjelas 1MDB Kepada Pemimpin Perniagaan AS- Salleh Reviewed by Unknown on October 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.