KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah pun dipersetujui oleh Malaysia bersama 11 lagi negara lain, dalam satu mesyuarat Menteri-menteri negara terlibat di Atlanta, Amerika Syarikat, bermula minggu lalu.
Selain dari Malaysia, negara anggota yang telibat dalam rundingan TPPA ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
TPPA yang merangkumi perdagangan bebas melibatkan 40 peratus ekonomi dunia itu hanya akan berkuatkuasa selepas Parlimen kesemua negara yang terbabit dalam rundingan itu meluluskannya.
Mari kita fahami serba sedikit apa itu TPPA.
Apa itu TPPA?
Ia merupakan perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan 11 rakan perdagangannya.
Siapa yang terbabit?
11 negara terlibat ialah Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat sendiri.
Negara-negara ini mengeluarkan 40 peratus jumlah KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dunia bernilai AS$107.5 trilion (RM470 trilion), 26 peratus daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 793 juta pengguna.
Kenapa TPPA ditubuhkan?
Untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.
TPPA merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan, telekomunikasi, malah tahap piawaian keselamatan makanan.
Kebaikan
1. Meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus meningkatkan jumlah pekerjaan di negara terbabit.
2. Akses pasaran yang lebih besar bagi peniaga.
BACA: Rundingan TPPA pertimbang kebimbangan, sensitiviti Malaysia - Mustapa
3. Perjanjian ini juga dikatakan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat, dengan peningkatan mencecah sehingga AS$223 bilion (RM976 bilion) di negara-negara terlibat.
Keburukan
1. Kemungkinan akan mewujudkan jurang yang lebih besar di antara negara berpendapatan tinggi dengan negara berpendapatan sederhana. Ini boleh terjadi apabila negara berpendapatan tinggi menawarkan barangan dan servis dari negara berpendapatan sederhana.
2. Implementasi TPPA mungkin membawa kesan ekonomi yang berbeza mengikut negara, memandangkan ia membawa satu standard yang hanya dapat dilihat kesannya secara fizikal selepas ia dilaksanankan.
Sesetengah negara, seperti New Zealand contohnya, bimbang jika perjanjian ini akan menjadi lebih 'berkuasa' daripada peraturan kewangan. Ini kerana bank-bank asing, syarikat-syarikat insurans dan peniaga mata wang dilaporkan akan mendapat kuasa yang lebih untuk mencabar undang-undang yang direka untuk menghalang krisis kewangan.
Isu di Malaysia
Majoriti rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan tentang kenaikan harga sesetengah barang dan perkhidmatan, seperti ubat-ubatan, selain kerisauan akibat kesan pengurangan tarif tertentu, seperti pertanian. Situasi ini berkemungkinan akan membuatkan hasil luar membanjiri pasaran tempatan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini pernah meluahkan kebimbangan yang TPPA akan membuatkan negara 'dijajah' sekali lagi.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme". - Tun Mahathir Mohamad, Malaysia Kini, Julai 2013.
- Astro Awani
TPPA: 6 Perkara Untuk Difahami
Reviewed by Unknown
on
October 06, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 06, 2015
Rating:

No comments: