Seo Services

Operasi Buru Buaya Batang Kayan Dilancar


LUNDU: Polis bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) melancarkan operasi ‘Search and Destroy’ untuk memburu buaya di sepanjang bahagian hilir sungai Batang Kayan yang dilihat semakin mengancam keselamatan penduduk.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong berkata, operasi bermula semalam itu berjaya menangkap seekor buaya jantan sepanjang 4.2 meter selepas terkena perangkap dipasang SFC jam 11 pagi.

Menurutnya, sebanyak 12 perangkap dipasang di beberapa lokasi sungai berkenaan sepanjang operasi tersebut semalam.

“Operasi ini dilancarkan berikutan berlaku kes serangan buaya terhadap seorang penduduk kampung di sini baru-baru ini. Kita khuatir sekiranya kejadian seperti ini berulang.

“Justeru, sepanjang operasi pada hari ini (semalam), seekor buaya jantan sepanjang 4.2 meter berjaya ditangkap,” jelas beliau.

Tambah beliau, operasi tersebut ditangguh sekitar jam 5 petang semalam disambung pada jam 9.30 pagi hari ini.

Seramai empat anggota polis dari Balai Polis Lundu diketuai Sarjan Mohd Johan Abdullah serta empat Pegawai Penghilitan dari SFC terlibat dalam operasi tersebut.

Pada 14 Oktober lalu, seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun dikejar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas diserang seekor buaya ketika sedang menjala ikan di sungai berkenaan.

Dalam insiden tersebut, mangsa diheret buaya yang dianggarkan sepanjang enam kaki menyebabkan dia terpaksa bertarung nyawa melepaskan diri.

“Mangsa mulanya menjala ikan di tebing sungai apabila seekor buaya muncul dan terus membaham kaki sebelum mengheretnya ke dalam sungai berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun berusaha menyelamat diri dan selepas beberapa minit bertarung nyawa, mangsa berjaya mencungkil mata buaya hingga ia melepaskannya,” kata sumber.

Mangsa mengalami patah tangan kanannya serta cedera paha kaki kemudian segera menyelamatkan diri ke tebing sungai sebelum meminta bantuan keluarganya.

Dia dikejarkan ke Hospital Lundu sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut. - UB
Operasi Buru Buaya Batang Kayan Dilancar Operasi Buru Buaya Batang Kayan Dilancar Reviewed by uMieySurianie on October 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.