Seo Services

Pasangan Gay Berangan Miliki Anak?


Dunia akhir zaman. Mengejutkan dan `menyeramkan’ membaca cerita mengenai sepasang gay yang bercerai, semata-mata kerana mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki ketiga dalam perhubungan mereka.

Adam Grant dan Shayne Curran, dari Nova Scotia, Canada, “berkahwin” pada 2011 selepas dua tahun menjalinkan hubungan terlarang.

Bagaimanapun selepas bertemu Sebastian Tran di sebuah kelab malam pada 2012, mereka kemudiannya sama-sama jatuh hati pada lelaki itu dan memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka demi menjalinkan hubungan terkutuk itu.

Bukan sahaja mereka menjalani kehidupan dengan cara yang bertentangan dengan hakikat kehidupan, Grant, Curran dan Tran merancang untuk mempunyai anak.

Bagi tujuan itu, mereka bercadang mendapatkan bantuan daripada kakak Curran dan Tran untuk menjadi ibu tumpang dan penderma `telur’.

Mereka berharap untuk memiliki tiga anak dan gembira kerana keluarga masing-masing memberikan sokongan kepada mereka.

Apabila kehidupan manusia bertentangan dengan norma-norma yang ditetapkan agama, maka hidup akan menjadi haru biru. Bayangkan bagaimana anak-anak kepada pasangan gay itu akan membesar? - sumber
Pasangan Gay Berangan Miliki Anak? Pasangan Gay Berangan Miliki Anak? Reviewed by Unknown on October 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.