Seo Services

Polis Marin Rampas 1,000 Batang Kayu Balak Bernilai RM315,000 Di Sarikei



KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima berjaya merampas sejumlah 1,000 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis bernilai RM315,000 dalam serbuan di Sungai Sawa, Pakan dekat Sarikei semalam.

Komander PPM Wilayah Lima ACP N. Kalai Chelvan berkata rampasan hasil maklumat orang awam itu dilakukan menerusi Ops Bersepadu melibatkan empat anggota PPM Sarikei, dua anggota polis Ibu Pejabat Polis Sarikei dan seorang Pengawas Hutan Kanan Jabatan Perhutanan Sarawak.

"Dalam operasi 10.10 pagi yang diketuai ASP Enturan Lageh itu telah membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan dan menemui beberapa longgokan kayu balak pelbagai saiz dan jenis dengan jumlah keseluruhan 1,000 batang.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua kayu balak itu tidak mempunyai cop Jabatan Perhutanan Sarawak dan dipercayai diperoleh secara haram," katanya dalam kenyataan semalam.

Kalai Chelvan berkata lokasi berkenaan sebelum ini juga pernah diserbu anggota pasukannya dan percaya kayu balak yang dilonggokan itu menunggu masa untuk dipunggah menggunakan lori untuk pasaran tempatan.

"Tiada pekerja atau jentera dijumpai di kawasan pembalakan tersebut. Laporan polis telah dibuat dan hasil rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sarikei untuk tindakan lanjut," katanya.

Polis Marin Rampas 1,000 Batang Kayu Balak Bernilai RM315,000 Di Sarikei  Polis Marin Rampas 1,000 Batang Kayu Balak Bernilai RM315,000 Di Sarikei Reviewed by Unknown on October 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.