GUA MUSANG: Keluarga murid Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu akan dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses pengecaman tengah hari ini.
Difahamkan, pihak hospital meminta keluarga membuat ujian DNA untuk pengesahan berikutan mayat mangsa sudah mereput.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata proses pengecaman dijangka sukar berikutan tiada sebarang pengenalan atau tanda pada badan mangsa, malah beberapa sifat badannya sudah mula terjejas berikutan terlalu lama dalam air.
"Bedah siasat sudah selesai dijalankan dan kini hanya menunggu proses pengecaman dilakukan," katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.
Mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pada jam 7 malam tadi oleh penduduk kampung sebelum memaklumkan kepada pasukan penyelamat.
Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk membawa mayat itu yang tersangkut di dahan kayu ke tebing sungai sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - BH
Proses Pengecaman Mayat Murid Orang Asli Tengah Hari Ini
Reviewed by uMieySurianie
on
October 08, 2015
Rating:
No comments: