Seo Services

RM1b Tambah Baik Stesen Cerap Pencemaran Udara


KUCHING: Kerajaan pusat secara dasarnya sudah meluluskan sejumlah RM1 bilion bagi menambah baik 52 stesen pencerap pencemaran udara seluruh negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata peruntukan ini turut merangkumi penambahan 13 stesen serupa termasuk di pedalaman Sarawak.

“Penambahan stesen ini di pedalaman Sarawak perlu terutama berdekatan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia bagi mendapatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang lebih tepat.

“Saya telah mengarahkan semua pihak yang berkenaan untuk mempercepatkan pelaksanaan kerja ini agar ia dapat disiapkan pada tahun 2016,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan ke tapak Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kampung Salak dekat sini semalam.

Mengulas mengenai Bajet 2016, Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata secara keseluruhannya ia bersifat mesra rakyat dengan kebanyakannya tertumpu kepada rakyat.

Meskipun berlaku kenaikan cukai bagi pihak yang mempunyai pendapatan RM1 juta namun ia adalah baik untuk menyumbang kepada masyarakat berpendapatan rendah.

Secara keseluruhannya perancangan dalam bajet ini menurut Junaidi adalah komprehensif dan beliau memuji Kementerian Kewangan untuk bajet yang begitu inklusif ini.

Bagi kementerian beliau pula, 80 peratus daripada bajet yang diluluskan adalah bagi projek tebatan banjir terutama di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Saya belum melihat secara terperinci bajet yang diluluskan untuk kementerian saya tetapi tumpuan kita adalah untuk projek tebatan banjir.

“Lain-lain adalah untuk membantu ‘Heart of Borneo’ iaitu satu projek pemuliharaan yang dijalankan bersama oleh kerajaan negeri dan pusat menerusi kementerian ini,” ujarnya menambah projek ini amat bernilai untuk generasi yang akan datang. -UB
RM1b Tambah Baik Stesen Cerap Pencemaran Udara RM1b Tambah Baik Stesen Cerap Pencemaran Udara Reviewed by uMieySurianie on October 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.