Seo Services

Sarawak Perlu Kapal Kajian Baharu Yang Canggih


KUCHING: Sarawak memerlukan sebuah kapal kajian baharu yang canggih bagi menggantikan K.K Manchong yang sudah tidak dapat diguna-kan lagi untuk menjalankan penyelidikan perikanan di perairan negeri ini.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM35 juta daripada kerajaan persekutuan untuk membina kapal kajian tersebut.

“Keutamaan kita ialah untuk memastikan semua ikan di perairan negeri dapat dikaji.

“Oleh itu, kita memerlukan sebuah kapal kajian yang lebih besar dengan kelengkapan yang canggih agar dapat menjalankan penyelidikan perikanan sehingga ke Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE),” katanya pada sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas dekat sini, semalam.

Terdahulu, Jabu bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh mengadakan lawatan ke Kawasan Kajian Sumber Perikanan Demersal menggunakan MV SEAFDEC 2 di perairan Sarawak.

Menjelaskan lanjut, Jabu berkata perkara itu sudah dibincangkan pada bulan lepas yang melibatkan beliau sendiri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Dari segi dasar, Shabery Cheek telah bersetuju menyokong permohonan Sarawak untuk membina sebuah kapal kajian bagi menggantikan K.K Manchong,” katanya.

Menurut Jabu, kapal kajian K.K Manchong merupakan sebuah kapal tunda yang dapat menjalankan kajian di kawasan ZEE Malaysia namun ia sudah tidak dapat digunakan lagi sejak lima tahun lepas.

Sementara, Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian berkata kerajaan negeri juga akan memohon peruntukan tambahan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada sesi mesyuarat hari ini untuk meneruskan kajian sumber perikanan demersal menggunakan MV SEAFDEC 2 di perairan Sarawak.

“Kita akan memohon kepada EPU untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi membolehkan penyeli-dikan perikanan diteruskan di Sarawak,” katanya.

Beliau memberitahu, peruntukan yang telah diberikan untuk menjalankan kajian sumber perikanan demersal menggunakan MV SEAFDEC 2 di perairan Sarawak bagi 2014/ 2015 adalah sebanyak RM1.2 juta.

Kapal MV SEAFDEC 2 adalah kapal latihan dan penyelidikan perikanan yang dibina pada 2003 oleh Kerajaan Jepun bagi tujuan menjalankan survei perikanan dan latihan operasi perikanan di perairan negara anggota ASEAN.

Sebagai negara ahli SEAFDEC (ASEAN + Jepun), negara hanya perlu membayar kos bahan api dan kos tuntutan perjalanan anak-anak kapal MV SEAFDEC sepanjang tempoh menjalankan kajian di perairan negara.

Dalam pada itu, Jabu ber-kata berdasarkan pensampelan, Sarawak masih mempunyai populasi ikan yang banyak berbanding Semenanjung Malaysia. - UB

Sarawak Perlu Kapal Kajian Baharu Yang Canggih Sarawak Perlu Kapal Kajian Baharu Yang Canggih Reviewed by uMieySurianie on October 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.