Seo Services

Tragedi Tanah Runtuh Di Guatemala Kini Ragut 171 Nyawa


SANTA CATARINA PINULA (Guatemala): Anggota penyelamat menjumpai 10 lagi mayat mangsa tanah runtuh yang berlaku di pinggir ibu negara Guatemala hari ini, menjadikan angka korban kini mencecah 171 orang.

"Setakat ini 171 mayat mangsa sudah ditemui dari bertan-tan sisa dan lumpur runtuhan yang menimbuskan mereka," kata pegawai operasi menyelamat, Sergio Cabanas.

Anggota penyelamat terdedah kepada risiko besar untuk terus mencari lebih 300 lagi mangsa yang dipercayai masih hilang di kawasan runtuhan di timur Guatemala City.

Hujan lebat menyebabkan lebih 125 rumah di perkampungan Cambray II ditimbus tanah runtuh pada malam Khamis lalu.

Pasukan penyelamat menyambung semula operasi mencari mangsa pada waktu subuh dengan bantuan pasukan dari Mexico, anjing penyelamat dan penduduk tempatan. - AFP

Tragedi Tanah Runtuh Di Guatemala Kini Ragut 171 Nyawa Tragedi Tanah Runtuh Di Guatemala Kini Ragut 171 Nyawa Reviewed by uMieySurianie on October 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.