Seo Services

Warga Emas Cipta Kerusi Roda Istimewa Untuk Isteri



SEPASANG suami isteri warga emas yang tinggal di Luoyang, China ini telah mendapat perhatian netizen dengan kisah cinta mereka yang mahu bersama hingga ke akhir hayat.

Xu Suobao, 79, telah mencipta dan mengubahsuai kerusi roda isterinya agar dia dapat bersama-sama wanita itu kemana sahaja wanita itu pergi.

Kisah mereka berdua mula viral di laman sosial di negara itu selepas mereka hadir di Festival Chongyang iaitu sebuah festival yang meraikan warga emas di sana.

Isteri Suobao, Zhoushu Di disahkan menghidap penyakit berkaitan dengan sendi sejak 40 tahun lalu dan ia menyebabkan wanita itu sukar untuk berjalan dan bergerak.

Walau bagaimanapun, Suobao memberitahu isterinya itu gemar untuk bersiar-siar di taman dan di usianya yang sudah tua, lelaki itu hanya mampu berjalan dalam jarak yang dekat sahaja.

Oleh yang demikian, dia telah mereka dan membuat sesuatu pembaharuan terhadap kerusi roda isterinya itu bagi memudahkan pergerakan mereka berdua kemana sahaja.

“Dia gemar bersiar-siar di taman dan selalu akan ke hospital untuk rawatan. Dia akan memandu kerusi rodanya dan saya berjalan di belakangnya.

“Namun jika jarak perjalanan terlalu jauh, saya tidak mampu untuk menemaninya jadi saya buat sesuatu pembahruan pada kerusi roda itu,” katanya.

Tindakan telus dan ikhlas lelaki itu yang mahu setia bersama dengan cinta hatinya itu telah mendapat perhatian orang ramai ketika mereka berdua hadir bersama teknologi canggih itu di festival berkenaan.

Kerusi roda itu menggunakan tenaga bateri untuk berjalan dan ia boleh dikawal oleh isterinya. Ia juga dilengkapi dengan tempat membuang air jika berlaku kecemasan.

Rata-rata netizen menggelarkan alat tersebut sebagai ‘Kerusi Roda Cinta’ dan memberi gelaran ‘Pasangan Paling Romantik’ kepada warga emas tersebut. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Warga Emas Cipta Kerusi Roda Istimewa Untuk Isteri Warga Emas Cipta Kerusi Roda Istimewa Untuk Isteri Reviewed by uMieySurianie on October 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.