Seo Services

10 Langkah Asas Bagi Persiapan Menghadapi Musim Tengkujuh

gambar hiasan
Kini keadaan cuaca yang tidak menentu sedang melanda negara kita dan orang ramai terutamanya penduduk di negeri ini haruslah bersiap sedia dalam menghadapi musim banjir.

Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat, seperti kerosakan kenderaan, peralatan-peralatan elektronik di dalam rumah, serta dokumen-dokumen penting musnah atau rosak.

Selain itu, dari aspek kesihatan pula, sesiapa sahaja mudah terdedah kepada gejala penyakit berjangkit seperti kencing tikus dan demam campak. Manakala penyakit biasa seperti batuk, selsema, demam dan perlu bersiap sedia dengan ubat-ubatan yang asas.

Air banjir mengandungi banyak jenis kuman seperti bakteria, virus, fungus dan parasit juga cacing. Selain itu, serpihan-serpihan berbahaya iaitu kayu, kaca, dan bahan-bahan kimia di dalam air boleh menyebabkan kecederaan serius terutamanya luka walaupun kecil.

10 langkah-langkah persediaan menghadapi banjir yang boleh diambil sebaik melihat hujan yang berterusan dan apabila mendengar pengumuman arahan bersedia oleh pihak berkuasa ialah:

1. Segala dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir anak-anak, sijil nikah, kad pengenalan, geran tanah, rumah, kereta, buku akaun bank ke dalam bekas, beg plastik atau fail di tempat yang tinggi, untuk mengelak resapan air dan sebagainya serta mudah ditemui atau diambil jika terpaksa berpindah.


2. Cara yang sama juga boleh digunakan bagi penyimpanan barang-barang kemas seperti emas dan berlian.

3. Meletakkan barang-barang atau peralatan elektronik ke tempat yang lebih tinggi serta selamat seperti di atas dek rumah atau almari yang tinggi.

4. keperluan asas seperti susu dan lampin pakai buang anak-anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan pakaian yang sesuai seperti baju sejuk, tuala, stoking, selimut sebagai persediaan jika terpaksa berpindah ke penempatan baru untuk mangsa banjir.

5. Bekalan air bersih yang secukupnya sebagai stok minuman dan kegunaan memasak hendaklah di simpan dan disediakan awal-awal

6. Stok makanan kering seperti beras, tepung, biskut, sardin dan minyak masak untuk kegunaan beberapa hari jika berlakunya kemungkinan anda tersekat tetapi tidak sempat berpindah ke mana-mana pusat pemindahan mangsa banjir hendaklah disediakan awal-awal juga.

7. Alat-alat ganti peralatan selenggara kenderaan seperti motosikal dan kereta di tempat yang selamat dan di tempat yang tinggi.

8. Kedudukan kenderaan diletakkan ke tempat yang lebih tinggi dan selamat daripada ditenggelami air ( dalam pada itu, kena juga pastikan keselamatan kenderaan dengan menguncinya agar tidak berlaku perkara lain yang tidak diingini seperti pecah masuk, kecurian)

9. Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster dan sebagainya letak di dalam sangkar dan memastikan kedudukannya tinggi dan selamat serta cukup dengan bekalan makanan dan minuman.

10. Menambat basikal atau barangan bernilai yang terdapat di luar rumah pada tiang atau sesuatu yang kukuh agar tidak dihanyutkan air jika kes-kes tiada tempat stor penyimpanan )

Kesimpulannya, detik-detik paling penting perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut kepada semua masyarakat.- Sarawakiana
10 Langkah Asas Bagi Persiapan Menghadapi Musim Tengkujuh 10 Langkah Asas Bagi Persiapan Menghadapi Musim Tengkujuh Reviewed by Unknown on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.