Seo Services

36,366 Pelajar Seluruh Sarawak Duduki SPM 2015


KUCHING: Sejumlah 36,366 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di seluruh Sarawak bermula semalam hingga 8 Disember depan.

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri, daripada jumlah itu seramai 33,446 adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 803 calon sekolah menengah swasta dan 2,117 calon persendirian.

Calon-calon tersebut akan menduduki peperiksaan di 285 pusat peperiksaan iaitu di 260 pusat SMK, 11 pusat sekolah menengah swasta dan 14 pusat persendirian di seluruh negeri.

Selain itu, terdapat 67 calon berkeperluan khas turut menduduki peperiksaan tahun ini.

Calon-calon berkenaan terdiri daripada dua calon buta yang menduduki peperiksaan di SMK Batu Lintang, Kuching serta 18 calon pekak dan bisu di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gaphor, Stampin.

Seramai 13 calon rabun dan 34 calon berkeperluan khas lain juga menduduki peperiksaan di pelbagai pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Sementara itu, seramai 202 penyelia kawasan dan 2,175 pengawas telah dilantik untuk mengendalikan peperiksaan SPM di negeri ini.

Seramai 440,682 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPM di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula semalam hingga 8 Disember. -UB-
36,366 Pelajar Seluruh Sarawak Duduki SPM 2015 36,366 Pelajar  Seluruh Sarawak Duduki SPM 2015 Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.