Seo Services

JPAM Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir


KUCHING: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak kini dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada November ini.

Pengarah JPAM Negeri Kolonel (PA) Mohtar Samat berkata, antara persediaan yang dilakukan jabatan itu ialah memastikan kesemua jentera termasuk bot dan lori telah diservis, selebihnya 10 peratus masih dalam proses servis serta peningkatan pada aset tahun ini.

Aset itu katanya, merangkumi 34 bot, sembilan lori, 17 pacuan empat roda dan jetski.

Jabatan itu juga ada memohon untuk inventori atau rekod perkampungan dengan bantuan Unit Keselamatan Negeri, mengenai apa sahaja yang dapat digunakan bagi menghadapi banjir.

“Pasukan kami telah bersedia untuk menghadapi bencana banjir dan pada masa sama kami tidak mahu masyarakat bergantung 100 peratus kepada agensi termasuk JPAM.

“Banyak program kesedaran telah diadakan supaya masyarakat termasuk penduduk kampung tahu apa langkah yang harus diambil sekiranya berlaku bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Kursus Asas Pispa Kolej Komuniti Siri 2/2015 di Pejabat Latihan Pertahanan Awam Sarawak, di Jalan Diplomatik di sini, kelmarin.

Jelasnya, seramai 40,000 ahli JPAM berdaftar di seluruh negeri ini dan lebih daripada 20,000 telah dilatih dan kira-kira 1,000 hingga 1,200 ahli boleh digerakkan sekiranya berlaku banjir.

Ini kerana jelasnya, pasukan sukarelawan mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan berkemungkinan akan berhadapan dengan banjir di kawasan kediaman mereka sendiri.

Terdahulu, beliau berkata program itu menyasarkan sekurang-kurangnya terdapat seorang platun daripada tiga ahli dalam setiap Kolej Komuniti dan mereka akan berperanan sebagai pegawai JPAM dan bertindak sekiranya berlaku sebarang bencana.

Dengan adanya kerjasama strategik bersama Kolej Komuniti, ia dipercayai dapat membantu melancarkan proses pemindahan mangsa-mangsa banjir, katanya.

Seramai 138 pelajar Kolej Komuniti seluruh Sarawak mengambil bahagian dalam latihan tiga hari itu yang bermula Jumaat lalu. -UB-
JPAM Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir JPAM Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.