Seo Services

45 PATI Warga Indonesia Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Kuching

KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching telah menahan seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia dalam dua serbuan berasingan di dua tapak pembinaan di sini Selasa lepas.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dalam satu kenyataan berkata dalam serbuan pertama diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mehuen anak Runies di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tabuan, dua lelaki Indonesia ditahan.

Kedua-duanya ditahan atas kesalahan di bawah Per.11(7)(a) Peraturan peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja tanpa permit kerja yang sah di negara ini, katanya.

Seramai 43 PATI warga Indonesia pula ditahan di lokasi serbuan kedua iaitu di sebuah tapak pembinaan Jalan Mambong off Jalan Puncak Borneo diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Abdul Malik Bojeng dengan kekuatan 32 anggota.

Menurut kenyataan itu, 29 daripada mereka ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa manakala empat lagi diberkas di bawah Seksyen 6(1)(a) akta yang sama kerana tiada dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah untuk berada di Malaysia.

Baki 10 orang lagi pula ditahan di bawah Per.11(7)(a) Peraturan Peratuan Imigresen 1959/63 kerana menyalahguna pas lawatan sosial untuk berkerja tanpa permit kerja yang sah.

Kesemua 45 PATI itu telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semuja di Serian untuk tindakan dan siasatan lanjut.

-- BERNAMA
45 PATI Warga Indonesia Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Kuching 45 PATI Warga Indonesia Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Kuching Reviewed by Admin on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.