LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan telah berjaya menggagalkan percubaan menyeludup masuk 328 kotak minuman beralkohol dan 40 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM321,141.98 di pesisir pantai Lawas pada Isnin.
Ketua penguatkuasa maritim APMM Labuan Kapten Che Adnan Md Isa berkata ia merupakan rampasan terbesar agensi itu di sini pada tahun ini.
"Unit peronda kami sedang melakukan rondaan di perairan Labuan dan berhampiran pesisir pantai Sarawak pada kira-kira pukul 8.20 malam apabila terserempak dengan lori yang meragukan diletakkan berhampiran tebing Sungai Merapok, Lawas dan mendapati barang-barang seludup di dalamnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
APMM Labuan Gagalkan Cubaan Seludup Alkohol Dan Rokok
Reviewed by Unknown
on
November 11, 2015
Rating:
No comments: