Seo Services

Baitulmal Sarawak Agih RM38.2 Juta Melalui Tiga Program Utama

Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman (dua dari kanan) menyampaikan sumbagan kepada salah seorang penerima bantuan

KUCHING: Sejak 1 Januari sehingga 31 Oktober 2015, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengagihkan sejumlah RM38.2 juta melalui tiga program utama iaitu Program Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

Sejumlah RM67, 956 diagihkan kepada 56 orang penerima yang layak termasuk RM17,100 kepada 11 orang bagi penerima Bantuan Pendidikan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.

Manakala bantuan RM500 dihulurkan kepada seorang penerima Bantuan Kemasukan ke Program Sijil dan juga bantuan RM500 kepada seorang penerima Bantuan Kertas Projek Tesis.

Dua orang turut menerima agihan RM3,400 bagi tujuan Bantuan Institusi Pengajian Tinggi Bidang Agama.

RM14,000 diagihkan kepada lapan orang penerima bagi Bantuan Pelajar Sekolah Agama, manakala RM4,448 disalurkan kepada empat orang penerima untuk Bantuan Rawatan Perubatan dan Pembedahan Kepada Pesakit.

Seramai 25 orang penerima tujuan Bantuan Sara Hidup Fakir Miskin dengan jumlah RM21,408.

RM2,200 diserahkan kepada dua buah institusi bagi tujuan Bantuan Kepada Badan-Badan Kebajikan dan Organisasi dan sejumlah RM4,400 turut di agihkan kepada dua institusi Bantuan Am Program Membangunkan Institusi Islam.

Sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, TBS memegang amanah dalam hal ehwal pengurusan zakat, giat berusaha sedaya upaya dalam membantu meringankan tanggungan kewangan bagi yang layak di bawah asnaf zakat di samping memastikan kewajiban berzakat difahami dan disampaikan kepada masyarakat umum.

Majlis Penyerahan Agihan Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak disempurnakan oleh Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) merangkap Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Putit Matzen, Mufti Negeri Sarawak Datu Haji Kipli Yasin, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Haji Abang Mohd Shibli Haji Abg Mohd Nailie, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ismail Mohd Hanis dan ahli-ahli Lembaga Baitulmal dan Wakaf.
Baitulmal Sarawak Agih RM38.2 Juta Melalui Tiga Program Utama Baitulmal Sarawak Agih RM38.2 Juta Melalui Tiga Program Utama Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Berapa banyak diagihkan utk Kapit,Song dan Belaga? Jika ada.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.