Seo Services

Dialog Bersama PDRM Platform Penting Kerjasama Banteras Jenayah


PADAWAN: Dalam mengeratkan hubungan diantara ketua-ketua masyarakat masyarakat dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menganjurkan sesi dialog bersama ketua masyarakat di Dewan Serbaguna Teng Bukap disini hari ini.


Ketua Polis Daerah (KPD) Superintenden Ng Ah Lek berkata, program itu merupakan platform yang sangat penting bagi merapatkan hubungan diantara pihak polis dan ketua-ketua masyarakat bagi membincangkan permasalahan dikawasan masing-masing serta menyeru agar mereka menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis agar bersama-sama membanteras jenayah.


“Antaranya ia mencetus kerjasama mencegah jenayah, keselamatan, ketenteraman awam dan kesihatan bagi memastikan masyarakat di daerah Padawan berada dalam keadaan terbaik,” tambahnya.

Melalui sesi dialog ini, mereka akan diberikan pendedahan dengan cara terbaik bagi membanteras jenayah dalam kalangan penduduk masing-masing.

Beliau juga menambah, ini jelas menunjukkan bahawa setiap ketua masyarakat harus sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha membanteras jenayah.

Dalam pada itu, penyaluran maklumat awal daripada mereka mengenai aktiviti mencurigakan akan memberi peluang kepada pihak polis membanteras aktiviti jenayah,” katanya.

Turut hadir sama pegawai kanan IPD Padawan serta ketua-ketua masyarakat Daerah Padawan.-Sarawakiana
Dialog Bersama PDRM Platform Penting Kerjasama Banteras Jenayah Dialog Bersama PDRM Platform Penting Kerjasama Banteras Jenayah Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.