Seo Services

Dua Langkah Kurangkan Stok MSM - Unggah


BINTULU: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengenal pasti dua langkah bagi mengurangkan stok minyak sawit mentah (MSM), kata Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Oktober 2015 ialah 2.83 juta tan.

"Langkah pertama, kita akan bentangkan kepada Kabinet untuk meningkatkan peratusan penggunaan biodiesel daripada campuran B7 ketika ini kepada B10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pekebun Kecil di Dewan Sebauh, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Choo Yuen May dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

B10 adalah 10 peratus biodiesel sawit yang dicampur dengan 90 peratus diesel petroleum dan merupakan migrasi daripada campuran B7 ketika ini.

Uggah berkata langkah kedua yang akan diambil ialah melaksanakan Skim Insentif Tanam Semula Sawit (SITS 2015) menerusi dana sebanyak RM100 juta.

"Kita telah memperuntukkan RM100 juta untuk biayai dan memberi insentif bagi menggalakkan peladang-peladang besar untuk menanam semula.

"Sasaran kita ialah menerusi peruntukan RM100 juta itu, usaha penanaman semula di kawasan pokok sawit tua dan tidak produktif seluas 83,000 hektar.

Kalau SITS ini berjaya dilaksanakan, kita harap dapat kurangkan pengeluaran MSM ke tahap 250,000 tan," katanya.

Sementara itu, Uggah berkata beliau telah meminta MPOB menyemak harga buah tandan segar (FFB) di peringkat 'ramp' dan kilang sawit kerana terdapat aduan harga diskaun yang dikenakan tidak munasabah. - BERNAMA

Dua Langkah Kurangkan Stok MSM - Unggah Dua Langkah Kurangkan Stok MSM - Unggah  Reviewed by uMieySurianie on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.