Seo Services

Tak Makan Buah Delima? Rugilah, Sebab Ini Rahsianya


Kalau batu permata pada cincin, paling cantik adalah delima. Betul tak? Begitulah juga buah delima. Khasiatnya tiada tandingan.

Buah delima berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Buah ini boleh didapati di Thailand, Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain. Buah ini berwarna merah, oren kekuningan ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.

Terdapat pelbagai khasiat dari sudut kesihatan, kecantikan, untuk dalaman lelaki dan wanita. Boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain. Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan lelaki yang mati pucuk. Amalkan sahaja makan buah delima ini atau jus delima.

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.

Amaran! Tersebut kesan negatif pengambilan buah delima ini ;

1. Jus delima tidak digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit yang berkaitan.

2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor anda, anda tidak digalakkan untuk meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan anda mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).

3. Orang yang mempunyai alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.

4. Buah delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol. - sumber
Tak Makan Buah Delima? Rugilah, Sebab Ini Rahsianya Tak Makan Buah Delima? Rugilah, Sebab Ini Rahsianya Reviewed by Unknown on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.