Seo Services

Najib Akan Beri Keterangan Kepada SPRM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Berikut ialah kenyataan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Peguam Negara YBhg Tan Sri Dato' Sri Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut. Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Sememangnya menjadi hasrat saya untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Dato' Sri Mohd Najib, 12 November 2015

-- BERNAMA
Najib Akan Beri Keterangan Kepada SPRM Najib Akan Beri Keterangan Kepada SPRM Reviewed by Admin on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.