Seo Services

Hujan Darah Di Sepanyol


Pada musim luruh baru-baru ini, penduduk kampung di bandar Zamora, Sepanyol, mengalami fenomena luar biasa apabila mendapati mata air dan tangki di kawasan mereka dipenuhi warna seperti darah.

Fenomena luar biasa itu dikenali sebagai hujan darah, dan ia berpunca daripada mikroalga. Biasanya alga tersebut digunakan dalam industri farmaseutikal, makanan dan juga automotif.

Menurut ahli geologi Javier Fernandez-Lozano, warna merah disebabkan oleh Haematococcus Pluvialis, sejenis mikroalga air tawar yang mampu mengsintesis karotena merah dipanggil astaxanthin apabila ia berada dalam tekanan.

“Mikroalga boleh menjadi tertekan dengan menukar tahap garam dalam air. Dalam beberapa peringkat, alga bergerak menggunakan flagela iaitu sejenis struktur yang membolehkan sel untuk bergerak dan sesetengahnya menjadi sista atau ketumbuhan.

“Apabila berada dalam keadaan kurang menyenangkan, ia akan bertukar merah. Jika sista terdedah kepada kehadiran cahaya matahari, warna merah lebih jelas terhadap latar belakang putih seperti dalam mata air,” katanya.

Sebelum ini, mikroalga hanya dijumpai dalam air di Amerika Utara dan sepanjang pantai Atlantik Eropah.

Sehingga kini, pakar masih belum dapat memastikan bagaimana ia sampai ke Sepanyol, dan menganggap ia merentasi Atlantik. – Mail Online
Hujan Darah Di Sepanyol Hujan Darah Di Sepanyol Reviewed by Unknown on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.