Seo Services

Kajian : Suka Bersedekah Bantu Tingkat Kesihatan


Umum mengetahui bahawa sifat dermawan dan suka bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Siapa sangka bersedekah juga punya manfaat untuk kesihatan.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Prof. Baris K Yoruk dari Universiti Albany-SUNY New York, Amerika Syarikat, amalan bersedekah mengurangkan stres dan membuatkan tekanan darah menjadi normal.

Kajian yang dibuat ke atas sekumpulan individu dari tahun 2001 sehingga 2007 itu mendapati, individu yang sering bersedekah kurang mengalami stres, hipertensi, penyakit sendi artritis dan masalah psikologi berbanding individu yang kurang bersedekah.

“Walaupun perbezaan yang diperoleh tidak begitu besar, namun perbezaan tersebut adalah benar dan kesannya terhadap kesihatan juga adalah terbukti,” kata beliau.

Mereka yang gemar bersedekah bukan sahaja mendapat pahala, malah kesannya dalam menjadikan kesihatan si penderma lebih baik sudah terbukti. - kosmo
Kajian : Suka Bersedekah Bantu Tingkat Kesihatan Kajian : Suka Bersedekah Bantu Tingkat Kesihatan Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.