Seo Services

Guru Dikhuatiri Lemas Dihanyut Arus Deras Di Beladin


BELADIN: Seorang guru dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras dan tenggelam ketika menjala di Sungai Bulin berhampiran Kampung Beladin di sini sekitar jam 2 petang semalam.

Mangsa dikenali Abang Suhaili Abang Yakup, 47, berasal dari Betong dan menetap di Beladin berikutan berkahwin dengan penduduk di sini, merupakan guru salah sebuah sekolah rendah di sini.

Menurut saksi, mangsa dikatakan pergi menjala bersama seorang lagi rakannnya namun ketika kejadian mangsa cuba menyeberangi sungai yang arusnya deras selepas hujan pada malam sebelumnya.

Rakannya cuba melarang mangsa menyeberangi sungai tersebut tetapi tidak diendahkan.

Namun ketika menghampiri pertengahan sungai, mangsa tenggelam dan rakannya hanya sempat melihatnya terkapai-kapai meminta pertolongan dan akhirnya tenggelam dihanyutkan air deras.

Sejurus selepas itu, rakan manga yang tidak berupaya melakukan apa-apa terus bergegas meminta pertolongan dan memaklumkan perkara itu kepada orang kampung.

Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dimaklumkan dan operasi mencari masih diteruskan.
-UB
Guru Dikhuatiri Lemas Dihanyut Arus Deras Di Beladin Guru Dikhuatiri Lemas Dihanyut Arus Deras Di Beladin Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.