Seo Services

Kerajaan Belanja RM231.5j Dalam Pencarian MH370


KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan RM231.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 untuk tempoh sehingga Oktober lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dalam menangani nahas pesawat MH17 pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM12.9 juta.

“Bagaimanapun anggaran kos keseluruhan bagi misi pencarian tersebut (MH370) tidak dapat ditentukan kerana operasi pencarian masih lagi dilaksanakan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tiong Lai berkata, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan pakej bantuan kru berjumlah ASD50,000 (RM214,925) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris atau keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat itu.

Katanya, jumlah yang diberikan tersebut dinilai berdasarkan Konvensyen Montreal 1999 dengan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.

Setakat ini, Tiong Lai berkata, 236 waris tragedi MH17 dan 74 waris mangsa MH370 telah menerima bayaran pampasan pendahuluan melibatkan jumlah keseluruhan USD16,600,000 (RM7,135,510,000). – BERNAMA
Kerajaan Belanja RM231.5j Dalam Pencarian MH370 Kerajaan Belanja RM231.5j Dalam Pencarian MH370 Reviewed by uMieySurianie on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.