Seo Services

Tiada DNA Babi, KKM Jamin Semua Vaksin Di Malaysia Halal


SESETENGAH golongan ibu bapa khususnya yang beragama Islam di Malaysia memilih untuk menolak vaksin untuk anak mereka berdasarkan dakwaan suntikan yang diberikan haram dan mengandungi DNA babi.

Kebimbangan mengenai dakwaan ini tercetus melalui khabar angin di internet yang menyatakan kononnya terdapat kandungan Depxyribonucleic Acid yang dikatakan mempunyai unsur DNA haiwan mughallazah terbabit.

Perkara ini telah disangkal dan dijelaskan sebaiknya oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang memberi jaminan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit di negara ini adalah halal serta selamat digunakan.

“Kita periksa semua sekali vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memang tak ada langsung DNA babi, kita pun faham dan saya tahu tidak boleh bagi, mungkin timbul masalah apabila masyarakat terbaca buku oleh Jerry D Gray, seorang mualaf dan bekas tentera yang menulis tentang perkara ini,” katanya memetik laporan portal Malaysian Insider.

Sementara itu, beliau juga menyatakan kesan daripada kedegilan ibu bapa yang masih ragu-ragu dalam memberikan suntikan imunisasi menyebabkan kadar penyakit di kalangan kanak-kanak yang meningkat dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas.

“Bilangan kes measles (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit Pertsis (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes(2014) kepada 655 kes tahun ini.

“Manakala bilangan kes Tetanus (kancing gigi) juga meningkat hampir dua kali ganda daripada 12 kes pada 2014 kepada 22 kes sehingga September lepas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata alasan sesetengah ibu bapa memilih menolak vaksin untuk anak mereka berdasarkan dakwaan suntikan yang diberi haram dan mengandungi Deoxyribonucleic Acid’ (DNA) babi, adalah tidak berasas.

“Pihak kementerian tidak mewajibkan pemberian vaksin tetapi kami menggalakkan ibu bapa memberi vaksin ini kepada anak mereka kerana ia terbukti berjaya mengurangkan kadar kematian bayi,” katanya . - MYNEWSHUB
Tiada DNA Babi, KKM Jamin Semua Vaksin Di Malaysia Halal Tiada DNA Babi, KKM Jamin Semua Vaksin Di Malaysia Halal Reviewed by uMieySurianie on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.