Seo Services

Lebih 10,000 Dalam Senarai Suspek Pengganas Di Perancis


PARIS: Perancis menyenaraikan lebih 10,000 suspek yang boleh mengancam keselamatan, termasuk dalang serangan berdarah di Dewan Konsert Bataclan, Omar Ismail Mostefai, Jumaat lalu.

Menurut sumber polis, senarai yang dinamakan "fiche S" ("Fail S" dalam bahasa Perancis) itu dikemas kini setiap hari termasuk suspek individu yang dikaitkan dengan gerakan atau kumpulan pengganas.

"S" bermaksud suspek yang berpotensi mengancam dan membahayakan keselamatan negara.

Senarai itu mengandungi 15 kategori suspek daripada penyokong samseng bola sepak sehinggalah mereka yang baru pulang dari berjihad di Iraq dan

Syria. "Terdapat lebih 10,000 orang yang termasuk dalam senarai S," kata Perdana Menteri, Manuel Valls.

Sesetengah mereka sudah pun dikenal pasti dan diburu oleh pasukan keselamatan dan ada yang sudah pun dijatuhi hukuman atas perbuatan keganasan manakala yang lain dalam senarai disyaki.

Kebelakangan ini, kejadian keganasan semakin meningkat yang dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda termasuk sejak serangan lelaki bersenjata Mohammed Merah yang membunuh tujuh orang di Toulouse pada tahun 2012.

Kejadian lain yang turut dikaitkan dengan meningkatnya kes keganasan di Perancis ialah tragedi pembunuhan di pejabat majalah satira Kristian, Charlie Hebdo dan pembunuhan di pasar raya Israel,, Februari lalu yang mengorbankan 17 orang. - AFP

Lebih 10,000 Dalam Senarai Suspek Pengganas Di Perancis Lebih 10,000 Dalam Senarai Suspek Pengganas Di Perancis Reviewed by uMieySurianie on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.