Seo Services

Literacy The Right To Read For All Children asas kebolehan 3M murid-murid

Kota Samarahan: Program Literacy The Right To Read For All Children memastikan kanak-kanak yang mengambil bahagian akan memperolehi kebolehan asas membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mengikut kesesuaian umur kanak-kanak tersebut.

Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Jamilah Haji Anu berkata penguasaan literasi amat penting agar murid-murid celik huruf dan seterusnya berjaya dalam bidang pendidikan.

"Kemahiran mesti dikuasai melalui sistem persekolahan formal di mana institusi pendidikan memainkan peranan penting. Isu gagal menguasai literasi adalah isu global yang hanya diberi fokus dan agenda pendidikan oleh negara-negara di dunia,"katanya.

"Di Malaysia isu murid-murid tidak menguasai literasi telah wujud sejak awal penggubalan sistem pendidikan Malaysia dan menjadi serius sekitar tahun 1960'an. Analisis jawatankuasa kabinet mengusulkan pendidikan rendah menekankan penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira namun kemahiran asas 3M masih tidak dikuasai masa kini,"katanya lagi.

Jamilah turut menekankan pelbagai usaha dan rancangan telah disesuaikan dan dilancarkan oleh Kementerian Malaysia bagi memastikan masalah 3M ini dibendung dengan memperkenalkan program Linus. Dengan terlaksananya program linus ini, murid akan dapat menguasai kemahiran literasi dan limerasi.

"Antara isu yang mendorong penggubalan program linus adalah keciciran murid. Keciciran murid merupakan satu fenomena sosial yang berimpak tinggi kepada pembangunan modal insan,"katanya.

"Berdasarkan kajian dan laporan didapati membaca bukanlah budaya masyarakat Malaysia. Menurut perangkaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia didapati tahap celik huruf rakyat Malaysia adalah 93% tetapi angka tersebut tidak boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan budaya membaca masyarakat Malaysia masa kini," tambahnya.

Jamilah meneruskan bahawa faktor motivasi murid-murid melibatkan faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah faktor yang ada dalam diri murid-murid seperti sikap peribadi, pendidikan, pengalaman dan cita-cita manakala faktor luaran ialah faktor sosial seperti persekitaran masyarakat, jiran, rakan sebaya, sekolah, kedudukan sekolah, jarak rumah dengan sekolah dan sosio ekonomi keluarga.

"Masalah keperluan fisiologi dan phsycologi yang tidak dipenuhi seperti mendapat kasih sayang sepenuhnya, kesunyian, suasana di rumah yang tidak kondisif, kurang galakan, kurang kebebasan dan harapan ibubapa yang tidak realistik. Selain daripada itu faktor fizikal murid-murid seperti kurang pendengaran, kurang penglihatan, terencat akal, kecederaan otak dan perkembangan pertuturan yang lewat masalah kemahiran motor halus dan kasar serta masalah koordinasi antara motor halus dan kasar tersebut,"kata Jamilah.

Jamilah menambah program yang baru diperkenalkan di SK Pendidikan Khas Kota Samarahan pertama kali merupakan usaha mengatasi masalah tersebut. Dengan menggunakan kaedah lebih mesra pelajar oleh fasilitator yang terlatih tujuan mempercepatkan literasi murid-murid akan cepat tercapai.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Haji Wang sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Program Literacy The Right To Read For All Children di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan petang tadi. - Sarawakiana

Literacy The Right To Read For All Children asas kebolehan 3M murid-murid Literacy The Right To Read For All Children asas kebolehan 3M murid-murid Reviewed by Admin on November 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.