Seo Services

Polis Thailand Serah Kereta Curi Malaysia


BANGKOK: Polis Thailand hari ini menyerahkan kepada polis Malaysia 30 kereta yang dicuri di Malaysia dan diseludup ke Thailand.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jen Winai Thongsong berkata, ini kali ketiga penyerahan serupa dilakukan tahun ini dan menjadikan kesemuanya 75 kereta curi dihantar balik ke Malaysia.

"Kebanyakan kereta ini, yang selalunya dicuri kumpulan di Malaysia dan diseludup ke Thailand, digunakan di Thailand dengan nombor pendaftaran palsu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta berkenaan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat Thailand yang terbabit dengan kegiatan penyeludupan kereta itu dihadapkan ke mahkamah. Noor Rashid mengucapkan tahniah kepada polis Thailand atas kejayaan mereka menjumpai kembali kereta berkenaan dan berkata polis kedua-dua negara sentiasa bekerjasama rapat bagi membanteras jenayah itu dan dalam menyelesaikan isu lain.

"Penemuan semula dan penyerahan kembali kereta curi itu mencerminkan hubungan baik yang wujud antara Malaysia dan Thailand," katanya.

Seorang pegawai memberitahu Bernama bahawa kereta berkenaan kini menjadi kepunyaan syarikat insurans kerana pemiliknya telah membuat tuntutan selepas kereta mereka dicuri, termasuk lebih setahun hingga beberapa tahun lalu.

"Sesetengah kereta curi yang diseludup ke Thailand juga dihantar ke negara lain oleh sindiket terbabit," katanya. - BERNAMA

Polis Thailand Serah Kereta Curi Malaysia Polis Thailand Serah Kereta Curi Malaysia  Reviewed by uMieySurianie on November 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.