Seo Services

Makanan Tradisional Sarawak Memang Ada di Kuala Lumpur.


Kebanyakan warga Sarawak yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur sudah pasti menginginkan makan tradisional Sarawak, dan masih ada segilintir mereka tidak tahu di mana lokasi restoran makanan tersebut.

Kebiasaan menu yang sentiasa di cari penggemar makanan tradisional ialah Laksa Sarawak yang disertakan dengan udang, ayam dan telur semestinya menggoda bagi mereka yang pernah merasainya.

Menu kedua yang sentiasa menjadi perhatian ialah mi kolok, yang dihidang bersama hirisan daging atau ayam pastinya sangat menyelerakan bagi penggemar mi kolok Sarawak.

Restoran Dapur Sarawak, merupakan jawapan kepada penggemar makanan tradisi Sarawak khasnya warga Sarawak yang tinggal di Kuala Lumpur, restoran tersebut berada di Jalan Gombak.

Restoran ini mula beroperasi sejak tahum 2008 dan turut menyediakan menu-menu makanan tradisi Sarawak yang lain seperti 'manok pansoh', umai dan nasik aruk dabai.

Bagi mengekalkan resipi asli dari Sarawak, terdapat beberapa jenis bahan yang diterbangkan khusus untuk mengekalkan semua makanan tradisi Sarawak mengikut cita rasa serta keasliannya.

Tukang masak yang juga orang Sarawak turut bekerja di restoran tersebut sekaligus mengekal semua keaslian masakan tradisi Sarawak.

Restoran Dapur Sarawak ini dimiliki oleh pelakon kelahiran Sarawak juga iaitu Mahmud Ali Basha antara pelakon yang terkenal di negara ini. - Sarawakiana

Makanan Tradisional Sarawak Memang Ada di Kuala Lumpur. Makanan Tradisional Sarawak Memang Ada di Kuala Lumpur. Reviewed by Unknown on November 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.