Seo Services

Masyarakat Diseru Salur Maklumat Kepada Baitulmal

Datu Haji Abang Mohd Shibli Abg Mohd Nailie.
“Maklumkan kepada kami sekiranya terdapat masyarakat yang menghadapi kesusahan seperti miskin tegar, rumah yang di timpa bencana alam contohnya banjir, kebakaran rumah, mahu pun kemalangan,”

“Kami seboleh-bolehnya akan membantu secepat yang mungkin kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat,” kata Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Haji Abang Mohd Shibli Abg Mohd Nailie.

Abang Mohd Sibli menyeru sokongan masyarakat di negeri ini agar berkerjasama bagi membantu memaklumkan masalah-masalah yang berlaku kepada pihak Tabung Baitulmal.

“Sarawak merupakan sebuah negeri yang sangat luas dan agak mustahil mereka boleh mengesan masyarakat yang menghadapi masalah kemiskinan tegar atau yang seumpamanya dalam tempoh masa yang singkat,” katanya semasa di temubual wakil Sarawakiana.

Beliau ditemui ketika Majlis Penyerahan Agihan Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak kepada 56 orang penerima di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Kuching awal pagi tadi.

Beliau menambah, Pihak Baitulmal akan sentiasa turun padang untuk memberi bantuan kepada mereka yang mengalami kemalangan atau kesusahan, setiap kali mendapat maklumat yang tepat dari masyarakat yang peka terhadap golongan yang layak menerima bantuan.

"Pihak Tabung Baitulmal akan sentiasa giat berusaha sedaya upaya membantu meringankan masalah kewangan bagi golongan yang layak menerima dari semasa ke semasa." katanya - Sarawakiana.
Masyarakat Diseru Salur Maklumat Kepada Baitulmal Masyarakat Diseru Salur Maklumat Kepada Baitulmal Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.