Seo Services

Permata Mewah Jambu Dilelong RM122.5 Juta Di Geneva


GENEVA: Batu permata berwarna jambu dan yang terbesar pernah dilihat dalam lelongan, dijual dengan harga AS$28.5 juta (RM122.5 juta), nilai yang jauh daripada jangkaan awal firma lelongan Christie.

Seorang pembida yang tidak mahu dikenali menawarkan harga tertinggi itu untuk permata 16.08 kerat yang jarang ditemui di dunia.

Satu lagi permata biru 12.03 yang disifatkan oleh pakar permata sebagai 'tiada cacat celanya' kini ditawarkan oleh firma lelongan pesaing, Sotheby, di lelongan Geneva hari ini yang bakal mencatat rekod tertinggi sehingga AS$55 juta.

Permata merah jambu yang dimiliki oleh satu keluarga Amerika sejak 15 tahun lalu adalah batu ukiran paling besar yang dikatakan mempunyai reka bentuk elit kategori "fancy vivid".

Christie pada awalnya menjangkakan harga permata itu sekitar AS$23 juta dan AS$28 juta sahaja.

"Ini adalah harga yang tertinggi untuk permata yang berkualiti," kata pengurus bahagian mewah Christie, Francois Coriel, kepada wartawan selepas ketukan terakhir bidaan yang berlarutan sehingga waktu malam.

Rahul Kadakia, Pengurus Antarabangsa Permata di Christie sebelum ini berkata batu permata merah jambu itu berpotensi untuk menjangkau harga sehingga lebih AS$30 juta.

Permata berwarna kini menjadi tumpuan dan idaman pembeli disebabkan faktor kesukaran untuk memperolehnya di pasaran sehingga harganya terus melambung.

"Batu permata berwarna sejak tahun kebelakangan ini menunjukkan harga yang terus meningkat.

Sebahagian disebabkan ia amat jarang ditemui namun sebahagian lagi faktor adalah kecantikannya," kata David Bennett, pengurus antarabangsa bahagian permata di Sotheby.
- AFP
Permata Mewah Jambu Dilelong RM122.5 Juta Di Geneva Permata Mewah Jambu Dilelong RM122.5 Juta Di Geneva Reviewed by Unknown on November 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.