Seo Services

PTPTN Siasat IPTS Sengaja Beri Keputusan Cemerlang.


Perbadanan Tabung Pendi­dikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan terdapat universiti swasta ter­tentu sengaja memberi keputusan cemerlang kepada pelajar mereka supaya dikecualikan bayaran balik pinjaman tersebut.

Ketika memberi jaminan itu, Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sekiranya terbukti perkara itu berlaku, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

Jelas beliau, perbadanan itu mempunyai polisi dan kaedah yang ketat dalam meluluskan pengecualian bayaran balik ke atas Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dikemukakan oleh institut pengajian tinggi (IPT).

“Semuanya berdasarkan kepada yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Namun, PTPTN memandang berat mengenai perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan semua pihak.

“Sehubungan itu, pihak PTPTN akan melakukan siasatan seterusnya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat Ming­guan Malaysia hari ini mendedahkan terdapat universiti swasta berbuat demikian sebagai strategi menarik lebih ramai pelajar memilih untuk menyambung pengajian di universiti terbabit.

Taktik universiti itu ialah dengan menaikkan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekali gus pelajar terbabit tidak perlu membayar balik pinjaman atau diterjemahkan dalam bentuk biasiswa.

Utusan
PTPTN Siasat IPTS Sengaja Beri Keputusan Cemerlang. PTPTN Siasat IPTS Sengaja Beri Keputusan Cemerlang. Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.