Seo Services

Rompak Pelajar: Dua Lelaki Diberkas Kurang 24 Jam


KUCHING: Dua lelaki tempatan berjaya diberkas polis dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kes rompak dua pelajar di Jalan Ajibah Abol di sini, Ahad lepas.

Menurut sumber, mereka yang masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kafe di Jalan Haji Taha kira-kira jam 11 malam pada hari sama.

Bagaimanapun, dua lagi rakan mereka berjaya melarikan diri menaiki Perodua Myvi.

Dalam insiden kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu, difahamkan dua pelajar yang menaiki kereta sewa tiba-tiba dihalang laluan mereka oleh sebuah Myvi apabila berhenti berhampiran lampu isyarat di Jalan Ajibah Abol.

Dua lelaki bersenjatakan kayu yang turun dari Myvi dikatakan bertindak agresif dengan memukul badan dan cermin kereta berkenaan apabila kedua-dua mangsa enggan turun kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

Mereka kemudian merampas telefon bimbit dan sejumlah wang daripada kedua-dua mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

Turut difahamkan, salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki apabila dipukul menggunakan kayu.

Suspek-suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Dalam kes berasingan, seorang pemuda berusia 23 tahun cedera di bahagian kepala apabila diserang di pusat hiburan di Jalan Song Thian Cheok, awal pagi kelmarin.

Mangsa dikatakan ditetak menggunakan senjata tajam dipercayai parang dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi. Motif kejadian tidak dapat dipastikan.

Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Laporan polis telah dibuat untuk siasatan.-UB
Rompak Pelajar: Dua Lelaki Diberkas Kurang 24 Jam Rompak Pelajar: Dua Lelaki Diberkas Kurang 24 Jam Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.