Seo Services

Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Lawas


LAWAS: Seorang warga emas ditemui rentung oleh anggota bomba dalam satu kebakaran yang melibatkan dua buah rumah kayu di Kampung Gelapas Trusan awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 4 pagi itu mangsa, Tiamah Montol, 90, ditemui rentung keseluruhan badan di dalam biliknya 10 minit sebelum operasi memadam ditamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Mohd Shamlie Radae berkata Tiamah dijumpai jam 5.40 pagi sebelum operasi memadam ditamatkan.

Manakala dua ahli keluarga lain dan anak mangsa Sulaiman@Alias Murah berjaya menyelamatkan diri namun melecur di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Lawas.

Beliau berkata lagi seramai tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Masli Dollah bergegas ke tempat kejadian yang jauhnya kira-kira 23 kilometer dari balai.

“Seramai tujuh anggota membabitkan dua kenderaan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.25 pagi,” ujarnya di sini, semalam.

Jelasnya lagi, kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 5.02 pagi dan operasi tamat pada jam 6.50 pagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bahawa kebakaran membabitkan rumah kayu setingkat yang merebak ke rumah berhampiran.

Ujarnya hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati dua rumah telah terbakar.

“Rumah berkenaan didiami empat penghuni, terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.

Mereka ialah Sulaiman@Alias Murah yang melecur di dahi dan belakang badan dan telah dihantar ke Hospital Lawas, Halimah Mansur, Asmali Alias dan Tiamah Montol yang rentung dalam kejadian itu.

Hasil siasatan awal katanya kebakaran bermula dari bilik yang didiami mangsa dan dipercayai berpunca daripada api lilin.-UB
Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Lawas Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Lawas Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.