KUALA LUMPUR: Negara-negara Islam yang sebelum ini menjadi pengeluar serta pencetus inovasi produk halal kini dilihat telah semakin ketinggalan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia bukan hanya perlu menganjurkan persidangan, ceramah mahupun perbincangan, sebaliknya mengeluarkan produk baru yang mampu menembusi pasaran global.
"Kita telah ketinggalan. Kita terlalu baik kerana berkongsi ilmu, berkongsi ilmu itu baik tapi akhirnya kita ketinggalan.
"Kita terlalu banyak 'output', kita buat persidangan, ceramah dan sebagainya. Tapi kita tiada 'outcome' (produk). Saya ingin lihat lebih banyak 'outcome'.
"Di mana orang kita? Jadi saya mahu kita bergerak ke hadapan... lakukan inovasi," katanya pada Persidangan Halal, SMIIC hari ini. -Awani
Produk halal, negara Islam kini ketinggalan - Ahmad Zahid
Reviewed by Unknown
on
December 14, 2015
Rating:
No comments: