Seo Services

#DUNSarawak : CLC Pendidikan Sementara Untuk Anak Pekerja Ladang Indonesia Di Sarawak


Community Learning Centre (CLC) adalah institusi pendidikan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan asas ladang- ladang untuk anak-anak yang sah kepada pekerja ladang warganegara Indonesia yang bekerja secara sah dan berumur antara 7 hingga 12 tahun di negeri Sarawak.

Menteri Kebajiakan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk hajah Fatimah Abdullah berkata pihak kerajaan Indonesia telah memohon kepada pihak kerajaan Malaysia kebenaran untuk menubuhkan sekolah Indonesia.

“Oleh yang demikian, kita telah mengadakan bengkel untuk melihat proses-proses berkaitan dengan penubuhan dan juga pendaftaran CLC”,

“Namun Kerajaan hanya boleh mempertimbangkan dan memberi kebenaran sekiranya ada permohonan untuk menubuhkan CLC di ladang-ladang dengan syarat mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa,”tambahnya.

Fatimah turut menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah membenarkan penubuhan sekolah Indonesia di Sarawak apatah lagi untuk membiayai sekolah tersebut.

“CLC dan sekolah Indonesia adalah dua perkara yang berbeza” jelasnya sambil menambah CLC bukanlah sekolah tetapi sebuah komuniti.

Beliau juga menjelaskan CLC adalah untuk kanak-kanak yang berumur 12 ke bawah manakala sekolah Indonesia pulah adalah untuk yang berumur 13 sehingga 17 tahun.

Menurutnya, antara syarat penting, murid-murid hendaklah terdiri daripada anak-anak pekerja ladang Indonesia yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah di ladang-ladang di seluruh negeri Sarawak sahaja, berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun dan memiliki Pas Pelajar.

Beliau juga berkata CLC hanya boleh beroperasi di ladang-ladang di Sarawak sahaja.

“Lokasi tapak dan premis CLC hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pentaftaran, Pihak Majlis Perancangan Negeeri (SPA) dan pihak pengurusan ladang “, ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri sebentar tadi. – Sarawakiana
#DUNSarawak : CLC Pendidikan Sementara Untuk Anak Pekerja Ladang Indonesia Di Sarawak #DUNSarawak : CLC Pendidikan Sementara Untuk Anak Pekerja Ladang Indonesia Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.