Seo Services

Barangan Kosmetik Dan Ubat-ubatan Dirampas Di Semporna

gambar hiasan
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas pelbagai barangan kosmetik dan ubat-ubatan yang bernilai RM2,712 di perairan Pulau Boheyan, dekat sini Ahad.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua barangan tersebut dirampas ketika pasukan peronda menahan dan memeriksa sebuah bot pam di perairan berkenaan kira-kira 12.55 tengah hari Ahad.

"Ketika ditahan bot yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai dari Pulau Sitangkai Filipina dan antara barang yang dirampas ialah 144 kotak vitamin jenama 'Tiki-Tiki Plus'; 144 botol 'Juicy Cologne'; dan 144 kotak 'Sang-Ing Cream'," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata barangan tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram dari Filipina.

Suspek dan kesemua barangannya kemudian dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA
Barangan Kosmetik Dan Ubat-ubatan Dirampas Di Semporna Barangan Kosmetik Dan Ubat-ubatan Dirampas Di Semporna Reviewed by Unknown on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.