Seo Services

Lelaki Serang Polis Cedera Ditembak di Miri

MIRI: Tindakan seorang lelaki menyerang sepasukan anggota polis menggunakan pisau pemotong sayur dan parang membawa padah apabila dia cedera ditembak polis dalam kejadian di sebuah rumah Berkenu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, suspek berusia 43 tahun dikatakan mengamuk dan cuba membakar rumahnya menggunakan tong gas dipercayai berpunca dari 'suara ghaib' yang didengari suspek.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Junaidi Bujang berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi bagi menenangkan keadaan, bagaimanapun, suspek enggan memberikan kerjasama.

"Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata di dalam bilik apabila suspek enggan menyerah diri, bagaimanapun, suspek terus keluar dari bilik berkenaan dan menyerang anggota polis. "Seorang anggota polis cedera di tangan apabila terkena libasan pisau suspek," katanya.

Katanya, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan apabila suspek bertindak agresif dan cuba menyerang sesiapa sahaja yang cuba menahannya.

"Tembakan itu mengenai punggung kanan suspek mengakibatkan suspek rebah, bagaimanapun, suspek masih bertenaga dan anggota polis terpaksa bergelut untuk menahannya," katanya.

Katanya, pada 11 Disember lalu, suspek dikatakan bercakap seorang diri di dalam rumah sambil memegang pisau.

"Ahli keluarganya bertindak melarikan diri dari rumah berikutan bimbang suspek bertindak di luar kawalan.

Ketua balai polis Berkenu turut hadir bagi memujuk mangsa sehingga malam, tetapi suspek mengugut untuk membunuh diri dan membakar rumah," katanya.

Katanya, sehubungan itu, sepasukan anggota polis dikerahkan rumah suspek semalam bagi menahan suspek. "Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Menurutnya, suspek sebelum ini pernah dihantar ke pusat pemulihan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. "Kes akan disisat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan," katanya.- BH
Lelaki Serang Polis Cedera Ditembak di Miri Lelaki Serang Polis Cedera Ditembak di Miri Reviewed by Admin on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.