Seo Services

#DUNSarawak : Isu Keganasan Terhadap Wanita, Pusat Perlindungan Wajar Disediakan


Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang sebarang isu yang boleh menjejaskan potensi mereka sebagai sumber manusia dan tenaga kerja yang produktif, seperti keganasan terhadap wanita.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, bilangan kes keganasan terhadap wanita yang semakin membimbangkan menuntut kerajaan menyediakan perkhidmatan perlindungan sementara bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

"Sebuah pusat perlindungan wajar disediakan bukan sahaja untuk menjadi tempat perlindungan sementara bagi mangsa keganasan tetapi juga sebagai tempat untuk mereka mendapat khidmat sokongan dan kebajikan,"

"Hal ini bagi memastikan kes-kes keganasan dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan oleh pihak yang berwajib, kerjasama semua pihak sangat diperlukan,"

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya yang bertemakan "Mensejahterakan Rakyat Melalui Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan, Pengupayaan dan Pemerkasaan Wanita dan Pemantapan Pendidikan serta Pembangunan Jati Diri Generasi Muda pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.

"Mengikut perangkaan yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia Kontijen Sarawak, bilangan kes keganasan rumah tangga pada tahun 2014 adalah 358, sementara bagi tahun 2015 sehingga Oktober adalah 127,"

"Bagi kes rogol, PDRM telah melaporkan sebanyak 144 kes dalam tahun 2014 dan 122 kes sehingga Oktober 2015. Sementara, bagi kes cabul pula dilaporkan 66 kes pada tahun 2014 dan 48 kes sehingga Oktober 2015,"

Fatimah berkata, pada Hari Perayaan Hari Wanita 2014, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengarahkan majlis wanita untuk meneliti mana-mana undang-undang yang mendiskriminasi wanita.

"Bagi menyahut cabaran tersebut, pada 14 November lepas, kementeriannya telah menganjurkan Bengkel Perundangan Wanita : Undang-undang Yang Mendiskriminasi Wanita,"

"Tiga jenis peruntukan perundangan berkenaan hal wanita yang diterima pakai di Sarawak iaitu Undang-undang sivil (Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976), Undang-undang Syariah dan pelbagai adat yang ditadbir urus oleh Majlis Adat Istiadat telah diteliti,"

"Hasil daripada bengkel tersebut, didapati tiada undang-undang tersebut dikaji semula bagi tujuan mengelakan berlakunya diskriminasi," - Sarawakiana
#DUNSarawak : Isu Keganasan Terhadap Wanita, Pusat Perlindungan Wajar Disediakan #DUNSarawak : Isu Keganasan Terhadap Wanita, Pusat Perlindungan Wajar Disediakan Reviewed by uMieySurianie on December 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.