Remaja Gantung Diri Di Pokok Kerana Alah Dengan WiFi

Seo Services

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati tergantung di pokok dipercayai mengalami alahan kepada WiFi, hingga mengakibatkannya mengalami sakit kepala dan keletihan.

Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan susulan kematian Jenny Fry.

Menurut ibunya, Debra, mayat anaknya ditemui di Brooke Woods berhampiran rumah mereka di Chadlington, Oxon, pada 4.20 petang, 11 Jun lalu.

Sebelum itu, Jenny memaklumkan kepada rakannya bahawa dia tidak hadir ke sekolah.

Debra ketika memberikan keterangan berkata, simptom yang dialami oleh anaknya itu adalah disebabkan alahan kepada WiFi iaitu electro-hypersensitivity (EHS).

Meskipun mereka telah memutuskan WiFi di rumah, namun Debra dan suaminya, Charles Newman percaya anak mereka sakit disebabkan oleh WiFi di sekolah.

“Jenny jatuh sakit, begitu juga dengan saya dan selepas saya melakukan kajian, saya menemui bahaya WiFi jadi kami telah memutuskan sambungannya.

“Sejak itu saya dan Jenny bertambah baik di rumah namun Jenny berterusan jatuh sakit di bahagian tertentu di sekolah,’’ kata Debra.

Jelasnya, Jenny juga sering dikenakan kelas tahanan bukan disebabkan dia berkelakuan teruk sebaliknya sering keluar dari kelas kerana ingin mencari tempat di mana dia boleh belajar dengan tenang.

“Saya telah membawa maklumat mengenai alahan itu kepada guru besarnya, Simon Duffy namun dia memberitahu bahawa maklumay yang diterimanya menyatakan bahawa WiFi selamat.

“Saya juga bertekak dengan guru-guru di situ kerana tidak masuk akal Jenny dikenakan tahanan dalam kelas,’’ katanya.

Debra percaya Jenny tidak mempunyai hasrat untuk membunuh diri sebaliknya dia kecewa dengan keadaan di sekolahnya.

Dalam pada itu, koroner menyatakan bahawa tidak ada nota perubatan untuk membuktikan bahawa Jenny menderita akibat EHS. - MYNEWSHUB


Remaja Gantung Diri Di Pokok Kerana Alah Dengan WiFi Remaja Gantung Diri Di Pokok Kerana Alah Dengan WiFi Reviewed by uMieySurianie on December 01, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.