KUANTAN - Seorang peguam direman empat hari bermula hari ini setelah ditahan semula oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit di daerah ini.
Keputusan itu diputuskan Majistret Rini Triany Muhamad Ali di sini pagi tadi.
Peguam terbabit merupakan antara empat individu yang dibebaskan oleh SPRM semalam selepas tempoh tahanan reman mereka berakhir namun ditahan semula pukul 12.40 tengah hari semalam.
Pada Khamis lalu, Majistret Eric Lau membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu terbabit bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang. - K! ONLINE
BAUKSIT: Peguam Direman Semula Bantu Siasatan Kes Rasuah
Reviewed by Admin
on
January 25, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
January 25, 2016
Rating:

No comments: