Seo Services

Pesona Pelamin Tisu RM200


Bagi memastikan impian berbulan madu di Lombok tercapai, seorang peniaga nekad untuk membuat sendiri pelamin persandingannya menggunakan tisu.

Halimatun Saadiah Muhammad Razali, 27, berkata, walaupun agak mustahil, namun dia tetap dengan pendiriannya bagi memastikan kos dapat dijimatkan.

Wanita yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, dia pernah membantu rakannya menghasilkan ruang bergambar di majlis perkahwinan mereka sebelum ini, sekali gus yakin pengalaman yang ada dapat membantunya menjimatkan kos.

“Saya memang memasang impian untuk berbulan madu di Lombok sejak sekian lama.

“Apabila menghitung wang yang dikeluarkan untuk mekap, pelamin, kerusi dan sebagainya mencecah hampir RM3,000, saya mencari cara untuk menjimatkan wang atau impian ke Lombok tidak akan menjadi kenyataan,” katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 2 Januari lalu.

Isteri kepada Mahathir Mohamed Yunos itu berkata, sebelum ini dia pernah menonton video di Internet mengenai kreativiti seorang warga Inggeris yang menghasilkan bunga daripada tisu.

Bermodalkan RM24, Halimatun Saadiah kemudian membeli 36 bungkus tisu untuk dijadikan bunga latar pelamin.

Katanya, tisu itu disusun kepada beberapa bahagian sebelum disumbat ke dalam lubang dawai mata punai.

“Selain itu, saya juga menggunakan alatan lain seperti kayu, paku simen dan paku kecil dalam proses menghasilkan pelamin bajet idaman.

“Walaupun ada yang ragu-ragu kerana bimbang pelamin yang dihasilkan tidak cantik, saya tetap kuatkan semangat. Selepas enam jam dengan dibantu adik dan rakan, pelamin impian berjaya disiapkan pada jam 12 tengah malam sebelum majlis berlangsung keesokan harinya,” katanya.

Bagi menambah seri pelamin, Halimatun Saadiah berkata, dia juga menyewa kerusi pengantin selain menggunakan semula alas langsir milik ibunya untuk dijadikan tirai.

“Kos yang dihabiskan untuk semua bahan hanyalah sekitar RM200 dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.

“Paling tidak sangka, idea itu berjaya memberi inspirasi kepada bakal pengantin yang ingin mengurangkan kos majlis, tetapi dalam masa sama masih tampak mewah,” katanya. - HM
Pesona Pelamin Tisu RM200 Pesona Pelamin Tisu RM200 Reviewed by Unknown on January 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.