Seo Services

Cuaca Panas: Bekalan Air Masih Terkawal - SPAN


KUALA LUMPUR: Bekalan air di Semenanjung dan Labuan masih terkawal, meskipun negara kini sedang mengalami cuaca panas disebabkan fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga Mac.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan mengenai kekurangan sumber air disebabkan cuaca panas.

Bagaimanapun beliau meminta operator air di semua negeri memantau rapi kedudukan sumber air di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji-loji rawatan air di negeri masing-masing.

"Ini adalah kerana kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk memastikan sumber air di negeri masing-masing mencukupi untuk memenuhi keperluan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan negeri mengkaji sumber alternatif lain seperti air di bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah sumber air, selain empangan dan sungai.

Dalam pada itu, pengguna dinasihat berhemah dan tidak membazir dalam menggunakan bekalan air supaya sumber air dapat bertahan lebih lama.

Pada 8 Januari lalus, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau memaklumkan cuaca panas dan kering ketika ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka berterusan dalam suku pertama 2016.

Fenomena El Nino boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 peratus hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 celsius hingga 2.0 celsius dari biasa. - BERNAMA

Cuaca Panas: Bekalan Air Masih Terkawal - SPAN Cuaca Panas: Bekalan Air Masih Terkawal - SPAN Reviewed by uMieySurianie on January 11, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.