Seo Services

Mangsa Ucap 'Selamat Tinggal' Sebelum Lemas

Keadaan di Pantai Santubong semalam.

SANTUBONG: Seorang remaja lelaki sempat menjerit mengucapkan 'selamat tinggal' kepada lima rakannya sebelum hilang selepas dipercayai ditarik ombak ketika berkelah di kawasan pantai Kampung Santubong di sini, lewat petang semalam.

Raziman Razali, 15, disangkakan cuma bergurau oleh rakannya sebelum berenang dan menyelam kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Rakannya, Muhammad Harith, 15, berkata mereka berlima kerap bermain di kawasan pantai yang terletak hanya 10 meter dari rumah. "Berenang dan menyelam di kawasan ini adalah rutin harian kami setiap petang jika cuaca baik.

Bagaimanapun, kami agak hairan apabila Raziman beriya-iya kembali ke gigi air sedangkan kami sudah bersiap untuk pulang kerana hari sudah senja," katanya ketika ditemui BH di sini, malam tadi. 

Muhammad bersama empat rakan lain turut berada di lokasi kejadian bagi mengikuti operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Empat bersahabat itu kelihatan agak trauma kerana sempat melihat mangsa terkapai-kapai lalu tenggelam sebelum mereka bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Mirza Dzalmira Miraj, berkata operasi SAR terpaksa ditangguhkan lewat malam tadi berikutan cuaca gelap sebelum disambung semula jam 7 pagi ini.

Katanya, operasi pagi ini akan bertumpu di sekitar lokasi kejadian dengan penumpuan kepada teknik pencarian di permukaan air. - BH
Mangsa Ucap 'Selamat Tinggal' Sebelum Lemas Mangsa Ucap 'Selamat Tinggal' Sebelum Lemas Reviewed by Unknown on January 12, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.