Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sengaja memburukkan imej Tabung Haji (TH) berhubung tarikh pembayaran dividen kepada semua pendeposit sedangkan tempoh bayaran secara lazimnya setiap tahun adalah dari Januari hingga Mac.
Sehubungan itu TH meminta orang ramai terutama semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pengumuman bonus bagi tahun 2015.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata sebelum ini TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac.
“Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal.
” TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi,” katanya.
Awal hari ini beberapa portal pro pembangkang melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meminta TH memberi penjelasan sama ada mendapat keuntungan mencukupi pada 2015 untuk membayar dividen kepada kira-kira sembilan juta penabung tahun ini.
Mujahid mendakwa dividen TH sepatutnya diisytiharkan pada 22 Jan seperti tahun lepas namun sehingga kini TH tidak melakukannya.
Dalam kenyataan itu turut menambah bahawa TH perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.
“TH percaya hasil strategi Alokasi asetnya akan dapat membantu pulangan pendapatan, walaupun 2015 dilihat sebagai tahun yang mencabar.
“Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan,” katanya.
Konsep itu katanya tiada beza dengan konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain.- BNBBC News
Dakwaan Mujahid dikecam, ini jawapan TH tarikh umum bonus
Reviewed by Admin
on
January 25, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
January 25, 2016
Rating:

No comments: