Seo Services

Pengalaman Mendaki Lebih Dari 20 Gunung Satu Kepuasan - Khir


Berjaya menawan Puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2014


KUCHING: Pengalaman mendaki lebih 20 gunung sepanjang hidupnya tetap tidak melunturkan semangat beliau untuk meneroka gunung-gunung yang belum di daki dalam Sarawak.

“Aktiviti mendaki gunung memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat dan ia bukan sekadar suka-suka sahaja, jadi ia memerlukan persiapan tahap stamina yang tinggi, “ ujar Khir, 49 yang baru-baru ini ditemuduga oleh wartawan Sarawakiana.

Khir menasihatkan kepada pendaki-pendaki yang baru agar sentiasa tahu had kekuatan fizikal masing-masing dan sentiasa berfikiran positif untuk menghadapi sebarang situasi. 
Bergambar di Puncak Gunung Santubong bersama pendaki dari Belanda.


“Sekiranya angin kuat, hujan lebat atau petir berlaku aktiviti hendaklah dihentikan terdahulu dan cari tempat perlindungan berdekatan dan elakkan berlindung dekat pokok besar, jika berlakunya rebut petir ketika berada di puncak, pendaki bertindak turun semua ke aras yang lebi rendah,” ujarnya.

Keseronokan mendaki gunung boleh dirasai dengan menikmati pokok-pokok hutan yang menghijau, bau hutan, bunyi-bunyi burung berkicauan serta boleh melihat spesis pokok yang jarang dilhati dari tempat yang biasa.

Kelebihan mendaki gunung turut mengeratkan silaturahim dan dapat juga berkenalan baru dari pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai minat yang sama.

Antara gunung-gunung yang berjaya ditawan oleh Khir ialah Gunung Kinabalu, Mulu, Santubong, Matang, Serembu, Bratak, Serapi, Jagoi, Santeng, Ngeli, Gading, Penrissen, Datuk, Broga, Tabur, Stong, Tahan, dan Pulai.
Kenangan di Puncak Gunung Jagoi, Bau.


“Perasaan apa bila sampai ke puncak merupakan perasaan yang sukar digambarkan, iaitu terasa puas, bebas. Segala susah payah dan penat lelah terbalas apa bila dapat menikmati keindahan panorama dari puncak gunung,

“Bayangkanlah dapat makan, minum dan tidur di atas awan, menikmati pemandangan matahari terbit dari puncak gunung, melihat hamparan luas bumi dari tempat yang tinggi, menikmati cuaca dingin menghirup udara tanpa pencemaran,” kata Khir yang ingin mendaki Gunung Serapi pada hujung minggu ini bersama rakan-rakannya dalan GROUP SARAWAK HIKER. Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti pendakian boleh mendapatkan info melalui 'Page Facebook, Sarawak Hiking And Camping. – Sarawakiana.

Antara cabaran mendaki gunung Santubong iaitu perlu memanjat tangga tinggi yang mencabar.

Pengalaman Mendaki Lebih Dari 20 Gunung Satu Kepuasan - Khir Pengalaman Mendaki Lebih Dari 20 Gunung Satu Kepuasan - Khir Reviewed by Unknown on January 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.