Seo Services

Had Laju Jalan Raya Diturunkan 1-16 Februari


KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j manakala jalan negeri diturunkan daripada 80km/j kepada 70km/j berkuatkuasa dari 1 hingga 16 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan melancarkan Ops Selamat Ke-8 serta Ops Bersepadu dalam tempoh yang sama.

“Antara aktiviti utama penguatkuasaan JPJ pada kali ini adalah pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan dijalankan di 30 terminal bas di seluruh negara.

“Skop Ops Bersepadu ini juga membabitkan operasi penyamaran sebagai penumpang bas dan pemeriksaan bas di depot dan terminal,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, sebentar tadi.

Selain itu, Ab Aziz berkata pihak JPJ juga akan menempatkan ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) di kawasan rehat lebuh raya (R&R) dalam Ops Bersepadu ini sebagai langkah membabitkan orang awam dalam menjalankan advokasi keselamatan jalan raya bersama anggota JPJ dan JKJR.

Sementara itu, JPJ dan PDRM akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan barangan tertentu pada 6 dan 7 Februari (dua hari sebelum perayaan) dan 10 dan 11 Februari (dua hari selepas perayaan) bertujuan mengurangkan risiko berlaku kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan dalam usaha mengelakkan kesesakan lalu lintas. – BHarian Online





Had Laju Jalan Raya Diturunkan 1-16 Februari Had Laju Jalan Raya Diturunkan 1-16 Februari Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.