Seo Services

Himpunan Bantah TPPA Hambar

Perhimpunan bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dibenarkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu mendapat sambutan hambar daripada penyokong himpunan berkenaan.

Setakat jam 2 petang ini, himpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Kongres Rakyat dan PAS dihadiri hanya sekumpulan kecil peserta.

Pengajur menjangkakan perhimpunan dihadiri lebih 50,000 peserta tetapi jumlah terkini hanya kira-kira 5,000 orang.

Sebelum itu, kira-kira jam 12 tengahari, beberapa peserta demonstrasi sudah kelihatan berada di sekitar Padang Merbok .

Turut berada sekitar kawasan itu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bertindak mengawal keadaan.

Peserta Himpunan Bantah TPPA dijangka akan berkumpul di Padang Merbok selepas bergerak daripada beberapa lokasi yang ditetapkan seperti Dataran Sogo, Masjid Jamek, Masjid India dan Masjid Negara.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak polis telah mengadakan perjumpaan bersama pihak penganjur dan mereka telah diberi kebenaran oleh untuk mengadakan perhimpunan di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun polis memberi amaran kepada penganjur untuk berkumpul di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka seperti yang dipohon penganjur.

Polis katanya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya penganjur melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pihak polis juga menasihatkan pihak penganjur supaya memastikan perhimpunan yang diadakan berjalan dengan aman dan tidak kumpulan yang mencetuskan pergaduhan.- BNBBC News
Himpunan Bantah TPPA Hambar Himpunan Bantah TPPA Hambar Reviewed by Admin on January 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.