Seo Services

NRE Peruntuk RM5 Juta Bina Benteng Di Kawasan Sebuyau


SEBUYAU: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir bernilai RM5 juta bagi membina benteng kawalan hakisan di kawasan Kampung Sungai Ramah dan Kampung Baru, Sebuyau.

Menteri NRE Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hakisan di Kampung Baru dan sepanjang daripada Sebuyau hingga ke hujung hilir berpunca daripada gelombang air laut dan sungai.

“Pihak Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Sarawak telah pun membuat satu perancangan untuk membuat benteng laut di sepanjang kawasan itu bagi menyelamat kampung-kampung yang berdekatan termasuk Pekan Sebuyau,” ujarnya.

Junaidi bagaimanapun berkata, peruntukan itu hanya mampu menampung kos pembinaan sepanjang 3.5 kilometer.

“Kos keseluruhan untuk membangunkan benteng kawalan hakisan sepanjang 25 kilometer itu memakan jumlah sebanyak RM250juta,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, kajian JPS Sarawak juga mendapati ombak besar dari Laut China Selatan telah menghakis 140 meter ke dalam pesisir Sebuyau dalam tempoh 10 tahun ini.

Beliau menjelaskan perkara ini kepada pemberita pada satu sidang media selepas mengadakan lawatan kerja khas di Sebuyau hari ini.

Turut hadir dalam lawatan teraebut ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Haji Julaihi Narawi yang juga merupakan ADUN Sebuyau. – Sarawakiana
NRE Peruntuk RM5 Juta Bina Benteng Di Kawasan Sebuyau NRE Peruntuk RM5 Juta Bina Benteng Di Kawasan Sebuyau Reviewed by uMieySurianie on January 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.